Sunday, November 30, 2008
Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir adalah suatu ilmu untuk memahami dan menggunakan kekuatan minda manusia dengan lebih optima. Banyak kajian dan penemuan telah diperolehi oleh para pemikir, penyelidik dan pengkaji bidang pemikiran. Di setiap zaman dan tamadun, ramai pemikir-pemikir lahir dan mengenengahkan berbagai idea, teori, falsafah dan penemuan ilmu.
Monday, April 7, 2008
Permata Yang Hilang
Tajuk Permata Yang Hilang telah dibincangkan di satu ceramah di sebuah Sekolah di Johor Bahru. Penceramah telah bertanya kepada para hadirin akan apakah yang dimaksudkan dengan Permata Yang Hilang tersebut? Lantar para hadirin melontarkan beberapa jawapan... antaranya "Generasi Pewaris", "Ketakwaan", "Jatidiri", "Iman"....
Benarkah "permata" yang dimaksudkan itu disedari oleh "pemiliknya" bahawa ianya telah hilang? Ataukah "pemiliknya" tidak tahupun yang "permata" yang dimiliki telah hilang? Ataukah barang yang hilang itu tidakpun pernah dimiliki?
Itulah beberapa kemungkinan persoalan apabila perbincangan tajuk di atas dimulai.
Benar... bagi mereka yang ALlah swt berikan walaupun sedikit kesedaran dan kefahaman Islam, niscaya mereka akan merasai akan kehilangan permata pada dirinya, keluarganya mahupun pada masyarakatnya. Hari ini saban hari dan saban saat kita melihat bahawa ciri-ciri kehilangan permata yang dimaksudkan di atas sememang telah hilang dari pemiliknya iaitu ummat Islam.
.... akan disambung kemudian Insya Allah

Thursday, October 25, 2007
Erti Kehidupan
Ada manusia yang melihat dan melalui kehidupan ini dengan penuh keriangan dan keseronokan. Ada pula sebahagian manusia melalui kehidupan ini dengan segala kepayahan dan kesengsaraan. Namun selagi jantung berdenyut dan nafas bergerak, kehidupan akan terus ditempuhi. Senang mahupun susah, liku-liku kehidupan perlu dilalui sebagaimana berlalunya siang dan malam yang sekali gus menandakan bertambahnya usia dan berkurangnya umur.
Apakah yang menjadikan kehidupan ini bererti selain apa yang kelihatan pada zahir ? Majoriti manusia menyedari bahawa kehidupannya akan berakhir jua suatu ketika nanti. Ramai yang sedar bahawa di sana ada satu Kuasa yang menentukan umur segala makhluk yang hidup.
Hidup adalah hakikatnya suatu 'pinjaman'. Pemilik sebenarnya adalah Allah swt. Oleh yang demikian itu ERTI kehidupan ada pada pemilikNya. Jika sesaorang mengenali pemilik kehdupan tersebut, berkemungkinan besar ia berupaya memastikan erti kehidupan sejajar dengan pemlik Hakikinya.
Pendeknya... kita semua seharusnya berusaha sedaya upaya untuk memastikan kehidupan kita bererti sebagaimana yang dikehendakki oleh ALlah yang memberikan kehidupan kepada kita. WALLAHU'ALAM

Subscribe to:
Posts (Atom)