Thursday, October 25, 2007

Erti Kehidupan

Ada manusia yang melihat dan melalui kehidupan ini dengan penuh keriangan dan keseronokan. Ada pula sebahagian manusia melalui kehidupan ini dengan segala kepayahan dan kesengsaraan. Namun selagi jantung berdenyut dan nafas bergerak, kehidupan akan terus ditempuhi. Senang mahupun susah, liku-liku kehidupan perlu dilalui sebagaimana berlalunya siang dan malam yang sekali gus menandakan bertambahnya usia dan berkurangnya umur.

Apakah yang menjadikan kehidupan ini bererti selain apa yang kelihatan pada zahir ? Majoriti manusia menyedari bahawa kehidupannya akan berakhir jua suatu ketika nanti. Ramai yang sedar bahawa di sana ada satu Kuasa yang menentukan umur segala makhluk yang hidup.

Hidup adalah hakikatnya suatu 'pinjaman'. Pemilik sebenarnya adalah Allah swt. Oleh yang demikian itu ERTI kehidupan ada pada pemilikNya. Jika sesaorang mengenali pemilik kehdupan tersebut, berkemungkinan besar ia berupaya memastikan erti kehidupan sejajar dengan pemlik Hakikinya.
Pendeknya... kita semua seharusnya berusaha sedaya upaya untuk memastikan kehidupan kita bererti sebagaimana yang dikehendakki oleh ALlah yang memberikan kehidupan kepada kita. WALLAHU'ALAM

No comments: