Monday, April 7, 2008

Permata Yang Hilang

Tajuk Permata Yang Hilang telah dibincangkan di satu ceramah di sebuah Sekolah di Johor Bahru. Penceramah telah bertanya kepada para hadirin akan apakah yang dimaksudkan dengan Permata Yang Hilang tersebut? Lantar para hadirin melontarkan beberapa jawapan... antaranya "Generasi Pewaris", "Ketakwaan", "Jatidiri", "Iman"....

Benarkah "permata" yang dimaksudkan itu disedari oleh "pemiliknya" bahawa ianya telah hilang? Ataukah "pemiliknya" tidak tahupun yang "permata" yang dimiliki telah hilang? Ataukah barang yang hilang itu tidakpun pernah dimiliki?

Itulah beberapa kemungkinan persoalan apabila perbincangan tajuk di atas dimulai.

Benar... bagi mereka yang ALlah swt berikan walaupun sedikit kesedaran dan kefahaman Islam, niscaya mereka akan merasai akan kehilangan permata pada dirinya, keluarganya mahupun pada masyarakatnya. Hari ini saban hari dan saban saat kita melihat bahawa ciri-ciri kehilangan permata yang dimaksudkan di atas sememang telah hilang dari pemiliknya iaitu ummat Islam.

.... akan disambung kemudian Insya Allah

No comments: